All About STREAM Education

Kerangka Konseptual Pendidikan STEM di Malaysia

Pengenalan

Sumber: Panduan STEM dalam Pengajaran & Pembelajaran (KPM, 2016)

Pendidikan STEM di Malaysia bermula dari pendidikan awal sehinggalah ke peringkat industri dan komuniti. Pendidikan STEM pada peringkat pendidikan awal memberikan focus utama kepada memupuk minat murid terhadap pendidikan STEM melalui aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang sifat ingin tahu mereka (KPM, 2016).

Kerangka Konseptual Pendidikan STREAM @ KEMAS



Kerangka Konseptual STREAM dalam pembelajaran dan pengajaran adalah berasaskan kepada pembelajaran secara semula jadi. STREAM boleh disesuaikan dengan kurikulum sedia ada di prasekolah kerana ia merupakan pembelajaran berfungsi (functional learning) yang menggabungkan elemen keseronokan dan pembelajaran secara holistik, autentik, vintage, konteksual dan kolaboratif. STREAM menyokong pembelajaran seumur hidup yang menggalakkan kreativiti merentasi semua tunjang pembelajaran kanak-kanak, tanpa mengabaikan kepentingan nilai murni dalam kehidupan atau semasa insan.

Akronim STREAM

STREAM merupakan keperluan asas dalam bidang pekerjaan pada masa hadapan. Satu falsafah/ gaya berfikir, di mana S.T.R.E.A.M diintegrasikan sebagai bidang pendidikan yang relevan.

S
ains adalah bagaimana merangsang rasa ingin tahu dan imaginasi seseorang. Penaakulan, hipotesis, penerokaan yang menggalakkan penyiasatan dan pertanyaan kepada pelbagai persoalan berkaitan persekitaran dalam kehidupan.

T
eknologi adalah “alat” yang dikaitkan bukan sahaja dengan penggunaan alat-alat digital, tetapi pensil, crayon, gunting, kanta dan barang permainanan juga merupakan alat teknologi yang digunakan oleh kanak-kanak untuk meneroka persekitaran mereka.
R
eligion (Spiritual dan Nilai) merujuk kepada aspek nilai murni yang dijelaskan dalam Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Aspek “Nilai” bukan sahaja dilihat dari pengetahuan asas Pendidikan Islam, alahan turut fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

E
ngineering (Kejuruteraan) bermula dengan mengenal pasti masalah dan seterusnya mencari penyelesaian dan mencuba. Ianya berkait rapat dengan membina atau merekacipta mengikut inovasi serta kecenderungan kreativiti kanak-kanak.

A
rts (Seni) merujuk kepada elemen seni yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memahami konsep STEM dengan cara yang lebih kreatif dan imaginatif. Kanak-kanak dapat mengekpresikan idea mereka melalui musik, pergerakan, komunikasi , menghasilkan idea melalui lukisan, lakaran, seni visual, kraf dan pembinaan model.

M
athematics adalah lebih daripada mengenal nombor dan mengira. Pemikiran Matematik termasuklah memahami konsep mengikut ciri-ciri tertentu seperti klafikasi, seriasi, perbandingan, ukuran, paten, warna, bentuk,saiz, masa, nilai dan penyelesaian masalah.

Objektif Pendidikan STREAM @ TABIKA KEMAS